Saturday, October 9, 2010
tak ku sangka...
hr ni aku p bt a'ment dgn kawan2 nyg t'syg...kitaorang janji jam 10 nak bt tp dorg kwn2 ku ni lmbt pl...d sbb kn dorg ni lmbt nsb baik la aku ada bw majalah remaja b'sama, jd aku boleh baca remaja tu b'sama yg t'syg..smbl2 membaca tu aku pn selongkar beg yg ku bw. beg tu ku guna kn utk menyimpan beg duit & benda2 yang lain. tengah aku selongkar tu tiba2 aku t'nmpk beg duit aku yg aku kata kn hilang bulan lps..dua kl aku lihat, mmg btul itu la beg duit ku yg hlg bulan lps tu.syukur alhamdulillah..so makna nya skg ni aku ada 2 IC, 2 lesen pemandu, 2 kad atm maybank..hehehe...mmg tidak ku sangka prkara ni akn blaku...ku harap kamera ku yg baru2 ni hilang akan dijumpa smula...amin-amin...
Hargai Air Mata Wanita
Assalamualaikum wbt...
Baru-baru ni saya ada membaca satu kisah tentang air mata wanita. Artikel yang cukup menarik apatah lagi ia berkaitan wanita (diri saya juga). Kisah ni sangat ringkas dan cukup bermakna. Kenapa seorang wanita sangat mudah mengalirkan air mata walaupun tanpa sebab? Kerana sifat-sifat yang telah ALLAH berikan khas untuk wanita. SUBHANALLAH... Indahnya... Mari sahabat luangkan masa untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang WANITA..
Seorang anak laki kecil bertanya kepada ibunya " Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata si ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak kan pernah mengerti".
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
lalu ayahnya menjawab "Semua wanita suka menangis tanpa alasan," hanya itu yang mampu dikatakan oleh ayahnya. Anak kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata :
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembuat untuk memberikan keselesaan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelehan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tnapa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberi air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusu miliknya untuk digunakan bila-bila masa ia memerlukan"
"Kau tahu : kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, rupa yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya"
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana disitulah pintu hatinya-tempat dimana cinta itu ada"
RENUNG-RENUNGKANLAH SETIAP WANITA..
BETAPA ISTIMEWANYA ANDA DISISI TUHAN...
BETAPA BERHARGANYA SEORANG WANITA..
LAKUKAN APA YANG DISURUH DAN TINGGALKAN APA YANG DIA LARANG, INSYAALLAH TEMPAT ANDA ADA DI "SANA"...
Subscribe to:
Posts (Atom)
